Varian BA.5.2 dan BF.7 kini dikesan menular di Malaysia.<br /><br />Kedua-dua varian berkenaan dianggarkan 80 peratus daripada varian yang menular di China.<br /><br />Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat 31 Disember lalu, sebanyak 4,148 kes positif melibatkan BA.5.2, manakala tiga lagi kes adalah BF.7.
